Berapa banyak masa kita ambil setiap hari dengan melihat skrin? Tak kisah le skrin apa, janji yang mengeluarkan cahaya dan juga visual. Mbungkin tidak lama seperti anak-anak zaman sekarang yang asyik dengan skrin.
Mengikut kajian yang baru dikeluarkan, hasil kajian mendapati bahawa kanak-kanak akan menghabiskan masa lebih kuran 1/4 daripada hidup mereka melihat skrin atau seangkatannya.
Mungkin kita rasakan bahawa ianya tidak setanding dengan apa yang kita lakukan di pejabat atau sebaliknya, tapi cuba fikir bukan masa atau jam di pejabat diambil kira. Tapi jumlah sebenar yang mereka lakukan setiap hari yang sentiasa berada di keliling anak-anak ini.
Orang dewasa hanya gunakan skrin ini untuk laman sosial seperti twitter, Facebook, emel dan seangkatannya. tapi anak-anak sekarang guna skrin untuk hampir kehidupan mereka. Malah belajar pun melalui gajet-gajet canggih yang ada sekarang.
Perubahan zaman yang semakin canggih dan laju memang kita tak boleh nafikan atau tolak. Tapi kita kena pastikan yang kita ini tidak ketinggalan zaman dan seiring dengan mereka yang maju. Walau bagaimanapun, hidup sosial seperti bercampur gaul, beriadah, bersukan jangan sekali kita senyapkan daripada mereka ini. Ini kerana bila badan sihat, minda kita pun akan cergas. So kita boleh hindarkan masalah mental yang semakin meningkat sekarang ini.
credit to : kids nowadays

No comments:
Post a Comment