Hukuman penjara selama 12 bulan yang telah dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi pada 23 Disember 2011 terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo kekal apabila 3 panel Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datu Seri Abu Samah Nordin menolak rayuannya.
Bekas MB Selangor itu telah didakwa dan disabitkan kesalahan di atas mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Sri Zahrah Kechik,45,dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat NO 8 & 10,Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Pengarah syarikat Ditamas Sdn Bhd Datuk Seri Shamsuddin Hayroni, empat tahun lalu.
Menurut rekod,Mohamad Khir mendapatkan hartanah tersebut dengan harga RM 3.5 juta sedangkan Ditamas membeli dengan nilai RM 6.5 juta pada 23 Disember 2004. Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 29 Mei 2007 di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor (pada waktu itu) di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.
Tiga panel hakim bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.
Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Dis,2011.
Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan,serta hujah daripada kedua-dua pihak,panel bersetuju bahawa hakim perbicaraan telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu.
No comments:
Post a Comment