2. Saya tidak fikir ia adalah satu amalan yang
baik, jika memang itu adalah amalannya. Mari kita lihat rekod perdagangan dan
perjanjian lain yang dirundingkan oleh Kerajaan Malaysia. Rata-rata perjanjian
perdagangan sebelum ini seolah-olah tidak banyak memihak kepada Malaysia. Malah
mereka seolah menyebabkan Malaysia 'terpaksa' menerima syarat-syarat yang tidak
menguntungkan.
3. Pertamanya, cuba kita nilai perjanjian air
dengan Singapura. Malaysia telah bersetuju untuk menjual air mentah pada 3 sen
per 1000 gelen. Sebagai balasan Malaysia boleh membeli 12 peratus atau kurang
daripada air yang dirawat dengan harga 50 sen. Jika kadar ini dikaji semula,
kedua-dua negara sepatutnya bersetuju.
4. Jika Malaysia meningkatkan kadar ini kepada
6 peratus per 1000 gelen (iaitu 100 peratus), maka Singapura boleh menaikkan
harga atas faktor yang sama untuk 1 dolar bagi setiap 1000 gelen air yang
dirawat. Ini sudah tentu tidak akan memberi manfaat kepada Malaysia. Dan kita
tidak pernah cuba untuk merundingkan semula harga.
5. Perjanjian pertama tamat pada tahun 2011 dan
kita tidak merundingkannya semula. Perjanjian seterusnya akan luput pada tahun
2060. Jadi, kita hanya akan dapat 3 sen bagi setiap 1000 gelen air mentah yang
dijual sedangkan kos sara hidup mungkin telah meningkat beberapa kali dalam
tempoh itu.
6. Bagi mengelakkan Singapura menyemak semula
harga air jika kita menaikkan harga air mentah, Johor telah diberikan wang yang
cukup untuk membina loji rawatan sendiri. Tidak perlu lagi bergantung kepada
bekalan dari Singapura, kita boleh menaikkan harga air mentah tanpa Singapura
menaikkan harga air yang telah dirawat.
7. Saya diberitahu bahawa Johor masih perlu
membeli air yang dirawat dari Singapura. Saya benar-benar tidak tahu mengapa.
Jadi harga belum dirundingkan semula dan saya rasa ia tidak akan dirunding
semula sehingga tahun 2060.
8. Hari ini dolar Singapura adalah 2 kali ½
nilai Ringgit Malaysia. Ketika perjanjian itu dimeterai, nilai matawang kita
berbanding Singapura ialah satu kepada satu. Persoalan kini, adakah kita akan
menerima bayaran dalam dollar Singapura atau dalam Ringgit Malaysia? Atau adakah
perihal ini menjadi rahsia juga?
9. Terus terang saya tidak fikir bahawa kita
cukup berhati-hati dengan apa yang kita rundingkan. Secara kebetulan Johor
menjual air dengan kadar 30 peratus bagi setiap 1000 gelen ke Melaka, iaitu
kira-kira 1000 peratus lebih tinggi daripada air yang dijual kepada
Singapura.
10. Kemudian terdapat pembelian pesawat pejuang
F/A-18. Sebenarnya Kerajaan mahu beli MIG-29. Entah bagaimana sebahagian
daripada dana itu digunakan pula untuk membeli F/A-18. Saya rasa orang yang buat
keputusan ini tahu mengapa mereka mesti mempunyai F/A-18.
11. Malangnya perjanjian membeli F/A-18 tidak
pula termasuk pembelian kod sumber. Tanpa kod sumber, F/A-18 hanya boleh terbang
dalam misi yang hanya diluluskan oleh Amerika Syarikat. Maka pesawat pejuang
yang mahal itu kini hanya boleh digunakan untuk persembahan LIMA saja. Satu
permainan yang sangat mahal.
12. Kemudian terdapat AFTA, Kawasan Perdagangan
Bebas Asean. Kita bersetuju bahawa kereta dengan 40 peratus kandungan tempatan
layak dipertimbangkan sebagai kereta nasional dan diberi status bebas cukai
untuk pasaran ASEAN. Syarat 40 peratus kandungan tempatan sebenarnya mudah
dipenuhi oleh syarikat pengeluar kereta dari luar ASEAN. Ini bermakna
kereta-kereta Jepun, Korea, China dan Eropah boleh mendapatkan status negara
ASEAN dengan mudah jika komponen kereta mereka dipasang di negara-negara ASEAN
termasuk bateri, tayar dan beberapa komponen lain.
13. Kita menghasilkan Proton di Malaysia dengan
90% kandungan tempatan. Sememangnya kos kita adalah lebih tinggi dan belum mampu
bersaing dengan syarikat kereta di luar ASEAN yang dipasang di negara-negara
ASEAN. Walaupun Proton membanjiri pasaran Malaysia, namun hampir tidak ada
Proton dilihat di negara-negara ASEAN lainnya.
14. Perunding mungkin fikir mereka sedang
merundingkan perjanjian yang baik untuk Malaysia, tetapi saya tidak fikir
begitu. Hakikatnya kita hanya buka pasaran ke negara lain dengan pasaran
tertutup.
15. Dan keadaan menjadi lebih buruk apabila
Proton perlu mematuhi pelbagai standard dan prosedur keselamatan yang ditetapkan
kerajaan Malaysia, namun pada masa sama kereta import diberi pula pelbagai
pengecualian. Tetapi sekiranya Proton berhasrat mengeksport kereta ke
negara-negara pengeluar, ia perlu pula mematuhi semua standard mereka. Setakat
ini Proton tidak boleh dieksport ke Jepun, Korea dan negara-negara Eropah. Ini
adalah contoh 'perjanjian baik' yang kita lakukan.
16. Kita telah kehilangan Pulau Batu Puteh,
tetapi kita tidak boleh pula membina jambatan atau meratakan tambak, atau
menyelesaikan isu kumpulan wang simpanan pekerja kita di Singapura. Tetapi kita
sanggup pula berikan tanah keretapi kita yang bernilai berbilion kepada
Singapura tanpa sebarang faedah. Dan sekarang kita pula yang terpaksa minta izin
Singapura hanya untuk membina kereta api kelajuan tinggi.
17. Nilaikanlah semua perjanjian yang telah
kita lakukan dan anda akan dapati hampir tiada satu pun faedah yang boleh kita
nikmati.
18. Sekarang kita mahu terima bulat-bulat TPP
(Trans Pacific Partnership) ilham daripada Amerika. TPPA sebagai "satu
percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka
menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan
kerajaan.
19. Apabila GATT (Perjanjian Am Mengenai
Perdagangan dan Tarif) gagal, Amerika mencipta WTO (Pertubuhan Perdagangan
Dunia) untuk tujuan yang sama. Itu juga gagal. Mereka kemudian mencipta APEC.
Namun mereka tidak dapat mencapai matlamat mereka. Mereka memperkenalkan
perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosikan Dunia
Globalisasi, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh didagangkan ke mana
saja untuk memusnahkan ekonomi mana-mana negara dan kemudian menarik keluar
semula wang mereka. Mungkin kita terlupa apa yang telah mereka lakukan pada
tahun 1997-1998.
20. Ketika itu mereka gagal untuk memiliki
perolehan kerajaan. Namun kini mereka cipta pula TPP, satu perkongsian yang
pastinya berat sebelah, yang kuat akan mengambil kesempatan terhadap yang
lemah.
21. TPP akan menjadi undang-undang. Jika kita
melanggar perjanjian, syarikat mereka boleh menyaman Kerajaan Malaysia berbilion
dollar. Saya mempunyai keraguan tentang keupayaan kita untuk meyakinkan mahkamah
antarabangsa. Kita tidak dapat meyakinkan Mahkamah Dunia dalam kes Pulau Batu
Puteh.
22. Mereka mempunyai ramai peguam terbaik. Kita
pasti menghabiskan semua dana yang kita miliki hanya untuk membayar peguam kita
yang pastinya kurang pengalaman. Akhirnya kita akan hilang segalanya dan
terpaksa pula membayar ganti rugi yang bernilai berbillion dolar. Dan kita akan
berterusan membayar sehingga kita terpaksa buat keputusan untuk mematuhi
peraturan TPP. Dan apabila kita mula mematuhinya, baru kita sedar yang kita akan
kehilangan lebih banyak wang.
23. Kerajaan kini mempunyai masalah dalaman dan
kita perlu menyelesaikan masalah ini. Mereka seolah tidak peduli. Sesiapa yang
bercakap tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan dilabel sebagai perkauman oleh
para pegawai kita. Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan
untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada
masa itu kita masih bebas. Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan
tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kita akan dijajah lagi.
Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme.
24. Saya tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk
bersetuju dengan TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya. MITI mahu
melakukan semua ini secara rahsia. Dan kita pula tidak tergamak menghukum
orang-orang yang membuat perjanjian tersebut yang bakal menjejaskan kepentingan
negara ini. Dan pilihan yang kita ada hanyalah menangggung kerugian.
25. Malaysia adalah negara saya, sebagaimana
juga negara para pegawai dan ahli-ahli politik yang membuat keputusan di negara
ini. Jika ada orang yang dalam diam cuba untuk mendatangkan mudarat kepada
negara saya, maka saya mempunyai hak untuk bersuara.
26. Kerajaan banyak bercakap tentang ketelusan.
Mari kita lihat ketelusan mengenai rundingan TPP. Kata putus Oktober 2013 ini
sepatutnya diabaikan. Dan biar China juga dilibatkan.
No comments:
Post a Comment