Alhamdulillah, taktik kotor kerajaan PR
Selangor untuk merampas tanah yang dimiliki Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan
(PYBK) telah tidak berjaya. Tanah seluas
1,625 ekar di Serendah, Hulu
Selangor itu termasuk di dalamnya perancangan
pembangunan pembinaan UiTM yang melibatkan keluasan 218 ekar.
PYBK telah memenangi kes ini di
mahkamah yang mana mendedahkan bagaimana kerajaan PR Selangor cuba mencampuri
urusan PYBK dan apabila gagal, cuba merampas tanah tersebut dengan cara
kotor.
PYBK adalah anak syarikat Yayasan Basmi
Kemiskinan (YBK) yang bertanggungjawab mengadakan program-program kebajikan
serta menyediakan bantuan serta sumbangan kepada anak-anak yatim dan
orang-orang miskin. Syarikat ini boleh
dikatakan berjaya kerana sehingga kini ternyata ia mampu menjana modal bagi
menampung program-program kebajikan yang diadakan.
Pembinaan UiTM di atas tanah tersebut juga
tentunya menepati objektif syarikat iaitu untuk membantu rakyat miskin kerana
universiti itu merupakan antara universiti yang mengenakan yuran paling murah
tertakluk kepada pendapatan ibubapa pelajar.
Berdasarkan hakikat ini, tindakan
kerajaan PR Selangor yang bersungguh-sungguh cuba mencampuri urusan dan
merampas hartanah syarikat tersebut menimbulkan kemusykilan di kalangan
rakyat.
Namun, kemusykilan ini kini terjawab
dengan pendedahan surat YB Elizabeth Wong di bawah:
Antara kandunganya:
Dimaklumkan
bahawa saya memohon kerjasama YAB Tan Sri Dato’ Seri selaku Pengerusi Lembaga
Pengarah Yayasan Selangor untuk menyerahkan sebahagian tanah milik Yayasan
Selangor iaitu HS(D)/234356 PT 4221 Seksyen 21, Bandar Klang kepada Pusat
Kebudayaan Cina. Diharap pihak YAB Tan
Sri Dato’ Seri maklum akan perkara ini.
Perhatian dan kerjasama YAB Tan Sri Dato’ Seri amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sungguh mudah sekali Elizabeth Wong meminta, atau mungkin
lebih tepat mengarahkan Khalid Ibrahim menyerahkan tanah YBK kepada Pusat
Kebudayaan Cina. Dan dari apa yang
dicatatkan dengan tulisan tangan di surat tersebut, iaitu ‘sudah dibincang, sila uruskan’, menunjukkan yang ianya tidak
mendapat bantahan di pihak Khalid.
Persoalannya, apakah alasan bagi Khalid
mahupun Elizabeth Wong untuk mengambil tanah yang menjadi hak rakyat miskin
melalui YBK, untuk dijadikan sebuah Pusat Kebudayaan Cina? Atau apakah signifikannya Pusat Kebudayaan
Cina itu sehingga ia layak atau berhak untuk mengambil tanah rakyat miskin?
Tidak mustahil yang sebenarnya
digusarkan oleh Elizabeth Wong ialah perancangan pembinaan UiTM di tanah itu
kerana kita sedia maklum akan pandangan serong kaum Cina terhadap universiti
yang sinonim dengan bangsa Melayu ini.
Sebolehnya, mereka mahu universiti itu dihapuskan atau dibuka luas
kepada kaum mereka, diuruskan secara komersial tanpa mengambilkira
tanggungjawab sosial membantu rakyat miskin.
Atau mungkin juga ini adalah sekadar
salah satu dari ‘ujian’ terhadap Khalid bagi mengukur tahap ‘kesetiaannya’
kepada kesepakatan PKR dengan DAP iaitu bersedia berkorban segala hak dan harta
benda kaum Melayu untuk diberikan kepada kaum Cina tanpa banyak soal? Jika ya, nampaknya walaupun Khalid telah
mendapat markah penuh dari segi kesetiaan, beliau telah gagal dari segi
perlaksanaan.
PR selama ini begitu bangga
mewar-warkan bagaimana Khalid yang berlatarbelakangkan korporat mengambil
pendekatan mengurustadbir negeri dengan cara korporat juga. Melalui pendekatan ini, matlamat utama ialah
keuntungan kepada negeri dari segi kewangan dan bukannya faedah kepada rakyat
keseluruhan.
Dengan itu, Khalid pastinya melihat tanah YBK yang begitu
luas, mampu membawa keuntungan kepada negeri, tauke-tauke dan pemaju-pemaju
berbangsa Cina jika diambil dan dibangunkan pusat komersial. Bagi Khalid, visi dan misi YBK untuk
menggunakan tanah tersebut bagi menjana faedah bagi rakyat miskin dilihat
sebagai tidak produktif dan merugikan.
Apatah lagi dengan tanah di negeri Selangor yang semakin hari semakin
mahal berbanding di era pemerintahan Barisan Nasional.
Dalam hal ini, mungkin ada yang
merasakan bahawa kenaikan harga hartanah adalah ‘semulajadi’ berdasarkan
pasaran.
Namun, hakikatnya, tanah sebelum ini
tidak begitu mahal kerana dasar kerajaan BN sebelum ini menjual tanah kepada
pemaju dengan harga yang tersangat murah bagi membolehkan pemaju membina rumah
yang lebih murah. Tetapi, kerajaan PR
hari ini meletakkan harga tanah mengikut pasaran bagi membolehkan negeri
mengaut keuntungan. Dari situ, pemaju
kemudiannya terpaksa meletakkan harga yang jauh lebih tinggi lagi bagi
memastikan keuntungan di pihak mereka pula.
Akibatnya, rakyat dari golongan pendapatan sederhana dan miskin tidak
lagi mampu memiliki rumah walaupun sekadar teres biasa.
Oleh itu, rakyat Selangor wajar melihat
isu tanah YBK ini dari skop yang lebih luas dan mendalam. Ia bukan sekadar isu tanah orang miskin yang
ingin dirampas oleh kerajaan PR, tetapi ia adalah gambaran agenda dan taktik
DAP yang licik untuk menguasai segala-galanya di Selangor dan di bumi Malaysia
ini.

No comments:
Post a Comment