Akhirnya, jaguh Badminton Negara Dato' Lee Chong Wei akan menamatkan zaman bujangnya setelah 11 tahun menyembunyikan cinta bersama Wong Mew Choo yang juga bekas jaguh badminton perseorangan wanita negara.
Perkahwinan yang dirancang oleh mereka hampir buntu dan tidak menjadi kerana kematian nenek Wong Mew Choo baru-baru ini.

Menurut adat Cina adalah menjadi amalan supaya tidak berkahwin dalam tempoh seratus hari selepas pengebumian ataupun perlu menunggu selama tiga tahun. (lama tu-keras menunggu)
Walaubagaimanapun, perbincangan dari hati ke hati di antara mereka berdua membuahkan keputusan untuk melangsungkan perkahwinan mereka dengan lebih awal iaitu pada 10 November 2012 yang mana majlis akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Semoga dengan perkongsian hidup di antara mereka berdua bakal melahirkan seorang lagi jaguh badminton negara yang akan menggegarkan arena badminton antarabangsa.
Tahniah buat bakal Pengantin Baru.
*kredit gambar to Anovia Bridal
No comments:
Post a Comment