Monday, 19 November 2012

Gigi Rosak, Mulut Berbau Busuk

Pernah anda berdepan dan berbual dengan orang yang mulutnya berbau kuat?

Bagaimana hendak memberitahunya tanpa menyinggung perasaannya?

Suatu persoalan yang sukar anda dapat jawapannya kan? Rasanya masalah bau mulut busuk merupakan masalah sejagat dan kekadang  ia amat memalukan dan merendahkan keyakinan seseorang. 
Bayangkan kalau anda ditegur oleh seseorang kerana mulut anda berbau! Kalau anda salah seorang yang mengalami masalah ini, terdapat banyak cara untuk mengatasinya. Cara-cara ialah seperti berikut:

1. Mengekalkan kebersihan mulut.   
Saki baki makanan di dalam mulut dihancurkan oleh bakteria yang akan menyebabkan bau busuk. Untuk menghadkan pertumbuhan dan merawat bau busuk, anda harus memberus gigi dan flos setiap hari.  Jangan lupa membersihkan lidah anda juga dengan alatan khas.

2. Minum banyak air   
Dengan meminum banyak air, ianya dapat membantu pengeluaran air liur dan membunuh bakteria. Ini juga dapat menghilangkan bau busuk yang diakibatkan oleh kekeringan di dalam mulut. ( Itulah sebabnya semasa berpuasa, mulut kita berbau. Atau bila kita bangun pagi, mulut kita     berbau ~ ini adalah disebabkan kekurangan air liur dihasilkan sewaktu tidur ).     
Minuman oren atau lemon juga dapat menghilangkan bau mulut namun ianya hanya bersifat sementara sahaja.

3. Kunyah chewing gum tanpa gula   
Mengunyah membantu menghasilkan air liur yang lebih di mana enzim dan antiseptik air liur dapat membunuh kuman.  Bau chewing gum juga dapat menghilangkan nafas berbau.

4. Menggunakan Minyak semulajadi 
Titik beberapa minyak tea tree atau guna bersama ubat gigi untuk menghalang bau busuk. Kandungan anti bakteria minyak tersebut dapat membunuh bakteria yang menyebabkan bau busuk.

5. Elakkan makanan, minuman dan tabiat yang menyebabkan mulut berbau.   
Kurangkan makanan seperti bawang putih, bawang merah dan rempah ratus yang menyebabkan mulut berbau. Elakkan pengambilan kopi dan alkohol yang berlebihan. Kurangkan atau berhenti menghisap rokok.  ( Cuba dekati orang yang kuat merokok atau minum arak, mulutnya tentu berbau ~ bukan setakat mulut, seluruh badan turut berbau )

6. Kumur menggunakan cecair pembersih mulut.   
Kumur menggunakan cecair pembersih mulut seperti Listerine atau pelbagai jenama yang terdapat di pasaran.  Atau cara yang lebih mudah iaitu kumur menggunakan air garam ( Berkumur 30 saat sudah memadai untuk membunuh bakteria di dalam mulut ) Kumur mulut anda setiap kali selepas makan untuk menghilangkan sisa makanan yang melekat diantara gigi anda.  Untuk penghidap yang agak kronik, berus gigi setiap kali selepas makan

7. Kunyah daun pasley atau pudina
Kunyah daun pasley, pudina, biji jintan dan kayu manis ( kayu manis ~ cuma hisap sahaja ) juga dapat membantu mengurangkan masalah mulut berbau. Mengunyah epal, karot dan saderi juga dapat menanggalkan kekotoran yang melekat di dalam mulut.

8. Merawat sakit tekak dan hidung 
Kekadang mulut berbau boleh disebabkan hingus yang tersumbat, sinus dan infeksi di kerongkong. Ubati masalah ini dan masalah mulut berbau juga turut lenyap.

9. Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.       
Kekadang mulut berbau boleh diakibatkan dari gigi rosak, gusi berdarah, bernanah dan infeksi dalam mulut.  Penghidap mulut berbau busuk yang kronik semestinya berjumpa dengan doktor untuk mengenalpasti puncanya. Doktor pakar akan menasihatkan anda cara-cara yang betul untuk mengatasi masalah ini.

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya !!
MULUT BERBAU mencemarkan Udara

No comments:

Post a Comment