Friday, 7 December 2012

Selamatkah Malaysia di bawah Menteri Amaran?

 Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai campur tangan menteri amaran mengenai urusan polis adalah suatu yang merbahaya kepada keselamatan negara.

Apakah jaminan keselamatan rakyat, jika penjenayah mempunyai hubungan yang intim dengan menteri? Mampukah keadilan dapat diperolehi oleh rakyat biasa?

Institusi polis sepatutnya bebas tanpa memilih bulu, justeru siapa sahaja yang salah tidak kira apa-apa kedudukan mesti diambil tindakan.

Sehubungan itu, ujarnya pendedahan bekas Ketua Polis Negara perlu dipandang serius oleh Datuk Seri Najib Razak yang sering bercakap soal transformasi.

Macam mana negara akan aman daripada jenayah jika kerja polis dicampur tangan oleh pihak atasan.


No comments:

Post a Comment